Sunday, February 6, 2011

Bersandar Pada Kekuatan Usaha

BERSANDAR  PADA KEKUATAN  USAHA

Satengah dari tanda bahawa seseorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan/dosa.

Kalimat : (لا إله إلا الله )-Tidak ada tuhan melainkan Allah berarti tidak ada tempat bersandar, berlindung, berharap kecuali Allah, tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah.  Dzahirnya Syari`at  menyuruh kita berusaha beramal, sedang hakikat syari`at melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu supaya tetap bersandar pada kurnia rahmat Allah.

Kalimat : (لا حول ولا قوة إلا بالله )-Tidak ada daya untuk mengelakkan diri dari bahaya kesalahan, dan tidak kekuatan untuk berbuat amal kebaikan kecuali dengan bantuan pertolongan Allah dan kurnia rahmatnya semata-mata.

Firman Allah :
( قُلْ بِفَضْلِ اللَّـهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ)

" Katakanlah- Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allah lah kamu boleh bergembira dan itulah yang lebih baik (berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri."
Sedang bersandar pada amal usaha itu berarti lupa pada kurnia rahmat Allah yang memberi taufiq, hidayah kepadanya, yang akhirnya pasti ia `ujub sombong, merasa sempurna diri, sebagaimana yang telah terjadi pada iblis ketika diperintah bersujud kepada Adam, ia berkata : (أنا خير منه )-aku lebih baik  dari dia (Adam).  Juga telah terjadi pada Qarun ketika ia berkata dalam surah al-Qashash ayat 78 : 

(قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي ۚ أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّـهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا ۚ وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ)

" Sesungguhnya aku mendapat  kekayaan  ini kerana ilmuku semata-mata"

Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala batu, kayu, pohon, binatang dan manusia, maka janganlah menyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-olah merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa bantuan pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayat dan kurnia Allah.

Sedang kita harus bertauladan pada Nabi Sulaiman (عليه السلام ) ketika ia menerima nikmat kurnia Allah, ketika mendapat istana Balqis.  Firman Allah :
قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ)
(هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ


" Inilah semata-mata dari kurnia Tuhanku, untuk menguji padaku, apakah aku bersyukur (terima kasih) atau kufur (lupa pada Allah)? Dan siapa yang kufur, maka Tuhanku Zat Yang Terkaya Lagi Pemurah (tidak berhajat sedikit pun dari makhluqNya, bahkan makhluq yang berhajat kepadanya)"

~* الحكم  *~